nana @ leolatrix

Monday, December 31, 2007

Wawancara bersama Saudari Norashinta yang bekerja sebagai seorang jururawat di NUH.

Saudari Norashinta.. Saya dan Saudari Norashinta..






(Terima kasih Saudari Norashinta kerana membenarkan saya mewawancara Saudari.)

1) Bilakah Saudari mula berminat untuk bekerja sebagai seorang jururawat?

Sewaktu saya kecil, saya sudah bermula berangan-angan untuk menjadi seorang jururawat.

2) Bila Saudari mula bekerja? Dan di mana?

Saya bermula bekerja pada tahun 2002 di NUH.

3) Pernahkah Saudari menyesal kerana memilih untuk menjadi seorang jururawat? Mengapa?

Saya tidak pernah menyesal kerana saya suka membantu orang.

4) Bolehkan Saudari ceritakan satu pengalaman yang tidak boleh Saudari lupakan sehingga ke hari ini.

Pada waktu itu, saya menjaga seorang pesakit yang saya anggap sebagai nenek saya sendiri. Saya merawati beliau agak lama. Beliau sering tidak sedarkan diri untuk beberapa hari dan kemudian pulih. Beberapa kali peristiwa ini berlaku sehigga pada suatu hari, beliau jatuh sakit dan tidak sedarkan diri. Selang beberapa hari, beliau berada dalam keadaan nazak. Pada waktu itu saya memberi bantuan penafasan dan CPR. Saya menangis dan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan beliau. Namun apa daya, Allah lebih menyayanginya.

5) Bolehkah Saudari ceritakan satu pengalaman pahit yang tidak dapat Saudari lupa.

Pada suatu hari itu, pesakit saya perlukan bantuan penafasan dan seorang doktor sedang melakukan CPR apabila seorang doktor lelaki masuk ke dalam bilik itu dan menyentuh tangan saya lalu mengatakan “tidak mengapa.” Bagi saya, itulah pengalaman pahit yang pernah berlaku.

6) Adakah hubungan Saudari dan para pesakit rapat?

Memang hubungan kami rapat dan saya berasa seronok apabila berada disamping mereka.

7) Penyakit apakah yang paling serius pernah saudari rawat?

Sejauh ini, penyakit yang paling serius pernah saya rawati adalah penyakit jantung kerana keadaan pesakit boleh berubah dengan sekelip mata.

8) Pernahkah Saudari merawati pesakit yang mencedera Saudari?

Pernah. Ketika itu, seorang pakcik berbangsa cina telah menumbuk dada saya kerana ingin keluar dari bilik rawatan beliau. Beliau mula bersikap ganas dan mencekik teman saya dan mengugut kami dengan berdiri di tingkap dan ingin terjun. Keadaan kembali tenang apabila isteri beliau memujuknya.

9) Inginkah Saudari ke luar negeri untuk bekerja dan menimba ilmu?

Memang pernah terlintas di hati saya untuk pergi ke luar negeri. Namun, keadaan tidak mengizinkan.

10) Benarkan para jururawat sering melalui pengalaman ngeri semasa bekerja?

Memang tidak saya nafikan. Namun kita harus tetapkan iman demi mencari rezeki.

(Setinggi-tinggi perhargaan kepada Saudari Norashinta kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara meskipun sibuk dengan pekerjaan.)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home