Selamat berjumpa lagi. Pada hari ini, saya ingin berkongsi tentang sesuatu yang terjadi di sekolah yang terkesan di hati saya sehingga hari ini. Bagi diri saya tidak senang untuk apa-apa yang berlaku terkesan di hati saya untuk selama-lamanya. Inilah kisah yang terjadi.
Semuanya terjadi apabila saya berada di dalam menengah satu. Cuti akhir tahun sudah bermula. Saya pergi sekolah dengan teman karib saya untuk meminjam buku di perpustakaan sekolah. Kami sedang sibuk berbual apabila guru kami menghampiri kami berdua.
Apabila beliau menghampiri kami, beliau tersengih dan tertawa sinis menunjukkan ada sesuatu yang ingin disampaikan. Kami membalas senyuman beliau dan menanya apa tujuan beliau bertemu dengan kami.
Beliau berkata bahawa para murid menengah satu tahun hadapan akan datang ke sekolah untuk membuat daftaran demi mendapat tempat di sekolah kami. Dari itu saya dan rakan saya disuruh berbual di atas pentas dan di hadapan khalayak ramai tentang padangan kami terhadap sekolah menengah Shuqun danberkongsi tentang suka dan duka yang pernah kami hadapi di sekolah.
Setelah selesai guru kami berbual kami terus tergamam. Kami berdua sebenarnya takut untuk berbual di atas pentas lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai. Namun kami juga tidak mahu menghampakan guru kami. Setelah berfikir panjang, kami bersetuju. Kami membuat persiapan yang cukup.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Kelihatan ramai pelajar-pelajar datang untuk mendaftar. Setelah mereka mendaftar mereka duduk di kerusi yang disiapkan berhadapan dengan pentas. Saya merasa lebih gementar apabila melihat lebih
Guru besar memberi kata alu-aluan sebelum kami naik ke pentas. Saya naik ke pentas dan berbual dengan rancak. Tanpa saya sedari, saya dapat berbual dengan tidak tersekat-sekat. Masa bagi saya hampir tamat. Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat berbual di hadapan khalayak ramai dengan mudah.
Itulah peristiwa yang berlaku di sekolah yang tidak dapat saya lupakan hingga hari ini. Saya berasa bangga kerana saya tidak terasa sungguh gemeentar sehingga tidak dapat bertutur pada saat itu.
Dengan itu saya mengakhiri lembaran saya. Semoga kita berjumpa lagi dan selamat menjalani ibadah puasa.
Wassalam.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home