nana @ leolatrix

Sunday, September 30, 2007

Salam Sejahtera para pembaca sekalian. Pada lembaran kali ini, saya ingin berkongsi tentang pandangan saya terhadap kenaikkan tambang bagi kenderaan awam.

Tambang bas(yang menggunakan kad Ez-link), MRT dan LRT disarankan untuk naik tetapi pihak Majlis Pengangkutan Awam menolak saranan itu. Saya bersetuju dengan mereka kerana jika tambang bas, MRT dan LRT kerap naik, para pekerja yang mempunyai gaji kecil dan keluarga yang ramai untuk ditampung akan menghadapi kesulitan.

Namun bagi yang memandu kenderaan sendiri, mereka tidak akn mempunyai masalah-masalah ini. Bagi yang memdapat gaji yang lumayan, mereka juga tidak perlu bimbang dan khuatir tentang kenaikan tambang kerana mereka mampu membayarnya.

Dari itu saya cukup menyokong pihak Majlis Pengangkutan Awam dengan keputusan yang diambil.

Perkara kedua yang ingin saya kemukakan ialah kenaikan tambang bagi teksi. Saya tidak menafikan bahawa para pemandu teksi menghadapi kesukaran. Bagi pihak pemandu teksi, mereka menghadapi masalah seperti kenaikan harga minyak diesil. Namun para penumpang juga menghadapi masalah.

Masalah-masalah yang dihadapi para penumpang adalah harus menunggu teksi lama dan khidmat yang diberi buruk. Contoh khidmat buruk yang diberi adalah menengking para penumpang, menggunakan kata-kata kurang sopan dan sebagainya.

Saya pernah menaiki sebuah teksi dan drebarnya langsung tidak berbudi bahasa. Apabila saya naik teksi itu dia menanya tujuan saya dengan nada tinggi. Kemudian apabila saya berkata yang saya ingin mengambil seorang teman sebelum ke destinasi saya.

Dia terus mula mengeluh dan mengomel dan berkata “gua tak da masa. Lu punya kawan lambat tak?kalau lambat gua tak mau tunggu. Aiyo..banyak susahlah.”

Namun dia tetap pergi dan menghantar saya hingga ke destinasi yang ingin saya tuju. Saya tidak suka dengan perangai yang ada pada diri sesetengah drebar teksi.

Ada sesetengah drebar yang baik budi pekerti namun tidak semua yang sama bak pepatah melayu rambut sama hitam hati lain-lain.

Dari itu saya berharap jika tambang teksi terus naik tetapi khidmat para drebar tidak berubah apa gunanya tanbang dinaikkan. Saya berharap ia seimbang.

Baiklah tamat sudah komentar saya. Saya ingin mengundur diri. Semoga para pembaca bergembira sepanjang hari.

Salam sayang.

Selamat berjumpa lagi. Pada hari ini, saya ingin berkongsi tentang sesuatu yang terjadi di sekolah yang terkesan di hati saya sehingga hari ini. Bagi diri saya tidak senang untuk apa-apa yang berlaku terkesan di hati saya untuk selama-lamanya. Inilah kisah yang terjadi.

Semuanya terjadi apabila saya berada di dalam menengah satu. Cuti akhir tahun sudah bermula. Saya pergi sekolah dengan teman karib saya untuk meminjam buku di perpustakaan sekolah. Kami sedang sibuk berbual apabila guru kami menghampiri kami berdua.

Apabila beliau menghampiri kami, beliau tersengih dan tertawa sinis menunjukkan ada sesuatu yang ingin disampaikan. Kami membalas senyuman beliau dan menanya apa tujuan beliau bertemu dengan kami.

Beliau berkata bahawa para murid menengah satu tahun hadapan akan datang ke sekolah untuk membuat daftaran demi mendapat tempat di sekolah kami. Dari itu saya dan rakan saya disuruh berbual di atas pentas dan di hadapan khalayak ramai tentang padangan kami terhadap sekolah menengah Shuqun danberkongsi tentang suka dan duka yang pernah kami hadapi di sekolah.

Setelah selesai guru kami berbual kami terus tergamam. Kami berdua sebenarnya takut untuk berbual di atas pentas lebih-lebih lagi di hadapan khalayak ramai. Namun kami juga tidak mahu menghampakan guru kami. Setelah berfikir panjang, kami bersetuju. Kami membuat persiapan yang cukup.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Kelihatan ramai pelajar-pelajar datang untuk mendaftar. Setelah mereka mendaftar mereka duduk di kerusi yang disiapkan berhadapan dengan pentas. Saya merasa lebih gementar apabila melihat lebih lima ratus orang termasuk ibu dan bapa murid-murid.

Guru besar memberi kata alu-aluan sebelum kami naik ke pentas. Saya naik ke pentas dan berbual dengan rancak. Tanpa saya sedari, saya dapat berbual dengan tidak tersekat-sekat. Masa bagi saya hampir tamat. Saya berasa sangat gembira kerana saya dapat berbual di hadapan khalayak ramai dengan mudah.

Itulah peristiwa yang berlaku di sekolah yang tidak dapat saya lupakan hingga hari ini. Saya berasa bangga kerana saya tidak terasa sungguh gemeentar sehingga tidak dapat bertutur pada saat itu.

Dengan itu saya mengakhiri lembaran saya. Semoga kita berjumpa lagi dan selamat menjalani ibadah puasa.

Wassalam.