nana @ leolatrix

Monday, August 20, 2007

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Harap hari ini telah membawa kebahagiaan kepada diri anda. Pada lembaran kali ini,saya ingin berkongsi pendapat tentang artikel yang saya baca.

Saya telah membaca artikel ini pada 9 Ogos 2007. Artikel yang berbentuk komentar ini boleh ditemui di mukasurat 13. Tajuk komentar ini adalah “Menyuburkan jiwa cinta anak watan.”

Di dalam artikel ini, penulis telah menulis “Apakah yang unggul pada Hari Kebangsaan Singapura yang ke-42 hari ini? Untuk mendapatkan jawapannya, tanyalah kepada anak-anak watan yang berbilang kaum dan agama selaku pewaris nusa ini.”

Ternyata penulis ingin mendapat maklum balas dari anak-anak watan Negara kita. Ini bermakna beliau ingin mendengar suara anak-ank watan tentang apakah yang unggul pada Hari Kebangsaan Singapura yang ke-42 hari ini?

Saya bersependapat dengan penulis bahawa kita boleh mendapat maklum balas yang baik dari anak-anak watan.

Dengan itu saya mengakhiri lembaran saya pada hari ini. Semoga dipanjangkan umur dan dapat kita bertemu lagi pada masa akan datang.

Sekian, Wassallam.

Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Selamat bertemu kembali. Saya berharap agar pembaca ada di dalam keadaan yang sihat.

Saya akan berkongsi tentang pengalaman saya apabila saya pulang ke kampung saya pada cuti sekolah bulan June lalu. Saya ke sana dengan keluarga saya. Kami ke sana dengan menaiki van yang dipandu oleh Pak Cik saya.

Kami berangkat dari Singapura pada jam 6.30 pagi. Walaupun saya berasa letih, perasaan itu lenyap dari ingatan saya sebaik sahaja saya ingatkan perkara yang bakal berlaku nanti yang mengghairahkan saya.

Sewaktu di Immigresen, kami tidak menemui apa jua masalah yang mungkin berlaku seperti ramai orang yang menanti untuk giliran mereka. Ternyata pada pagi itu hanya keluarga saya yang ada di Immigresen pada saat itu.

Setelah selesai urusan di Immigresen, kami pergi sarapan di Lima Kedai. Kami memakan makanan ringan kerana kami pasti hidangan yang istimewa akan dihidangkan pada waktu makan tengah hari nanti.

Dengan tidak membuang masa, kami terus pulang ke kampung dan kami mengemas apa yang patut. “Waktu makan tengah hari hampir tiba” kata ibu. Ini bermakna kaum Hawa harus ke dapur sementara kaum Adam berehat di beranda rumah.

Kami memulakan kerja dengan cepat kerana tidak mahu lewat untuk makan tengah hari. Pelbagai masakan yang disiap oleh ibu. Kami berasa seronok apabila dapat membantu ibu. Sikap bergotong royong sering dirasai di perkarangan kampung.

“Makan tengah hari sudah siap” kata ibu. Kami duduk bersila di lantai. Setelah selesai makan, kami mengemas, dan beristirehat di ruang tamu dan berbual-bual kosong.

Setelah itu kami ke kebun untuk memetik hasil tanam-tanaman kami. Ada buah duku dan juga buah langsat. Kami berpuas hati dengan tanaman kami.

Masa untuk meninggalkan kampung sudah tiba. Beratnya rasa hati saya untuk melangkah pergi tetapi apakan daya saya terpaksa pulang ke tanah air pada malam itu kerana ayah terpaksa kerja pada keesokkan harinya.

Setelah kami pasti bahawa rumah telah kami kunci dengan betul, kami pulang. Kami pulang dengan perasaan gembira. Saya tidak dapat melupakan setiap kejadian yang terjadi pada hari itu. Saya ingin ke kampung lagi jika diberikan peluang.

Setakat di sini sahaja pengalaman yang saya ingin kongsi. Saya harap kita akan bertemu lagi di masa akan datang. Semoga anda sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera.

Sekian, Wassallam.

Monday, August 13, 2007

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saya akan memperkenalkan diri saya. Pertama kali nama saya ialah Nurul Jannah. Saya berusia lima belas tahun. Saya menuntut di Sekolah Menengah Shuqun.

Sekolah Menengah Shuqun dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang menyayangi dan memahami hati rakan-rakan mereka. Saya mencintai sekolah saya dan bersyukur kerana saya ada di sini. Saya tidak perlu mencari sekolah yang baik kerana saya sudah berada di dalamnya. Dikelilingi oranag-orang yang penyayang.

Saya suka pada kanak-kanak. Saya ingin bekerja di pra sekolah sebagai guru apabila saya tamat persekolahan kelak.

Pada masa lapang saya akan menonton televisyen saya tidak banyak meluangkan masa untuk membaca. Itulah kelemahan saya. Saya hanya membaca sekiranya ada peperiksaan ataupun ujian.

Saya memelihara kucing. Saya memelihara dua puluh tujuh ekor kucing. Seekor dari kucing saya ialah kucing parsi. Bulunya sungguh tebal dan sering berterbangan ke sana ke mari. Kadangkala ia akan berterbangan dan masuk ke dalam mata saya.

Selain itu saya juga memelihara ikan. Yang mengejutkan, kucing saya tidak menganggu ikan-ikan itu. Mereka sering berehat di atas bekas ikan itu. Mereka yang selalu menghiburkan hati saya di masa saya berduka.

Adik saya juga memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian saya. Saya akan menjaga adik saya setiap hari selepas pulang dari sekolah. Kami sering tinggal berdua di rumah. Umur adik saya adalah 2 tahun. Dia juga sering menghiburkan hati saya yang sedih.

Ibu, ayah dan kakak-kakak saya juga memainkan peranan yang sama. Keluarga saya terdiri daripada 7 orang.Saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia selalu. Saya rasa senang dan terhibur setiap kali disisi mereka. Tanpa mereka siapalah saya.

Saya mempunyai dua rakan rapat. Mereka juga penting bagi diri saya. Jika saya menpunyai masalah kecil yang boleh mereka bantu, tanpa segan silu saya akan berkongsi bersama mereka. Saya sudah menganggap mereka seperti adik beradik saya.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya tulis ketika ini. Saya harap hari ini hari yang bahagia bagi anda.

Sekain, Wassalam